Dendam Author Affifudin Omar Summary À PDF, DOC, TXT, eBook or Kindle ePUB free

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Dendam Author Affifudin Omar

Read & download Í PDF, DOC, TXT, eBook or Kindle ePUB free Ú Affifudin Omar

Engan teknik interogasi yang ekstrem Kemudian kejayaan awal empayar bisnesnya adalah melalui cara cara haramTetapi dia mula insaf apabila hatinya mengenal kasih sayang dan cinta Sifat kemanusiaan rupa rupanya masih wujud dalam dirinya Khalil Gibran ingin menjadi manusia baru Berjayakah dia lari sepenuhnyadari sifat lamanyaAtau apakah DENDAM akan terus bertakhtaNovelis Afifuddin OmarAffi Membaca Dendam hasil nukilan Affifudin Omar mampu membuat pembaca menyelami sisi gelap dunia perniagaan konspirasi dalam perundangan dan keadilan dan semestinya konflik pergolakan perasaan manusia Tidak dilupakan elemen mistik dan spiritual yang kuat menjadi tunjang utama kepada intipati novel ini Usai membacanya sekitar jam 330 pagi tadi Dendam dapat dikonklusikan kepada dua poin yang utama iaitu1 Ia hampir seperti membaca sebuah manual tentang all things evil teknik menginterogasi perancangan menyeludup dan memanipulasi wang bagaimana hendak merompak bank dalam tempoh kurang dua minit dan oh banyak lagi2 Menyiksa dan mendera tidak mampu menyelesaikan segala galanyaKita diperkenalkan dengan Khalil Gibran seorang lelaki berkumis yang punya daya penarik yang tersendiri; berkarisma dan pintar Dari awal introduksi novel lagi kita ditambat dengan rentetan bagaimana dendamnya terhadap perlakuan orang di sekelilingnya secara tidak langsung telahpun memberikan foreshadowing tentang apa yang bakal berlaku ke atasnya dan juga orang orang di sekelilingnya pada masa akan datang Khalil Gibran menjadi saksi kekejaman berlaku ke atas ayahnya sendiri Secara tidak langsung Khalil Gibran sebenarnya sudah dipupuk dengan perasaan dendam yang menebal sejak kecil lagi dan perasaan itulah yang mengheret dirinya menjadi seorang manusia yang kejam dan sadis Plot cerita terungkai dengan baik pembaca didedahkan dengan sedikit imbas muka oleh watak utama mencukupi untuk mengekalkan momentum cerita Permasalahan berpenjuru yang terdiri daripada dilema menjugel cinta keluarga harta pangkat dan pendirian berbaur dengan agak baik dan konsisten sepanjang pengupasan plot Namun hakikatnya Dendam merupakan novel yang sudah boleh dijangka Separuh jalan membaca aku sudahpun dapat menghidu akan berlakunya happy ending yang klise Aku akui ini merupakan pertama kali aku membaca novel dalam Bahasa Malaysia yang bergenre sedemikian makanya aku ada menaruh satu tahap ekspaktasi yang agak tinggi terhadap novel DendamWalaubagaimana pun aku amat menggemari bagaimana penulis amat bijak dan kreatif menceduk elemen dan kisah realiti yang benar benar terjadi seperti kes pegawai polis yang menembak mati seorang remaja yang memandu kereta kisah VIP yang ditangkap menyimpan perempuan simpanan rompakan bank bersenjata dengan menggunakan van sekuriti dan banyak lagi Kesemua cuplikan kisah ini dirombak dan dipergunakan dalam penceritaan dan dimuatkan dalam Dendam menjadi naratif yang berkronologi dan menarik untuk dibaca Pembaca terpanggil untuk mengingat kembali kisah kisah realiti itu kerana pembaca akan berkata; “Macam pernah baca kat surat khabar dan tengok kat TV”Rentetan hidup Khalil Gibran selama lebih dua dekad dipersembahkan dalam naratif yang sarat dengan informasi tentang hal ehwal dunia kepolisian ekonomi dan serba sedikit tentang Asia Tenggara Ini membuktikan bahawa penulis seorang yang berpengetahuan luas kuat membaca dan mempunyai kuriusiti yang tinggi Aku bersetuju dengan pemerintah kuku besi pujian harus diberi kerana turut memasukkan fahaman Karl Marx dan Friedrich Nietzsche antara nama yang aku ingat “ Greek myth panggil orang orang jahat – subhumans Saya pun dulu kira subhumans la” Khalil Gibran bab 40 halaman 242Seperti novel Pecah aku berharap benar agak Dendam lekas lekas difilemkan atau mungkin dijadikan rantaian drama kerana aku dapat lihat potensi ia dizahirkan kepada bentuk visual bakal mampu menarik minat audiens untuk menonton

Read Dendam Author Affifudin Omar

Fudin Omar dilahirkan di Jitra Kedah Berpendidikan Inggeris di dalam bidang Sains Pertanian Sains Sosial sehingga mencapai Ijazah Doktor Falsafah Beliau mula menulis novel dalam Bahasa Melayu pada tahun 2009 dan Dendam merupakan novelnya yang keenam Novel novelnya bertemakan persoalan persoalan ekonomi politik dan sosial masyarakat MelayuEditor Khairulnizam BakeriCetakan Pertama Jun 201 Aku cuba baca juga buku ini walaupun sudah penat membaca tulisan yang melibatkan Dato' Datuk dan Tan Sri kerana amat penat dan menjengkelkan bila perlu menyebut dalam hati gelaran gelaran mereka dalam kadar yang kerapCiri ciri sinikal di dalam novel ini jelasnya diinspirasikan daripada peristiwa yang tak asing dan pernah menghuni dada akhbar dan media elektronik selain disertakan dengan karakter Khalil Gibran yang pandai berfalsafah Siapa sangka buku sinipis ini terkandung hayat cerita yang dirasa agak panjang Aku turut tertarik dengan pengolahan naratif penulis yang mampu menerbitkan keinsafan

Read & download Í PDF, DOC, TXT, eBook or Kindle ePUB free Ú Affifudin Omar

Sinopsis Dendam Khalil Gibran seorang billionaire yang mempunyai ramai kroni dalam bidang politik jenayah dan penguasaan Ramai wanita ingin menjadi miliknya walau bergelar simpanan dan Khalil Gibran memenuhisetiap impi merekaDia mula menjadi zalim dan ganas apabila dia melihat kekejaman yang pernah dilakukan ke atas ayahnya Kariernya bermula sebagai anggota keselamatan yang terkenal d ThisThis is how you write a story ladies and gentlemenTerima kasih kepada penulis kerana berjaya menulis karya yang mengangkat tema keinsafan yang tidak terlalu menjengkelkan Sarat dengan plot menarik dari awal hinggalah ke penghujung Tiada saat yang membosankan langsung Saya dapat rasa apa yang watak utama sedang lalui Tahniah buat penulis

  • Paperback
  • 309
  • Dendam Author Affifudin Omar
  • Affifudin Omar
  • Malay
  • 03 May 2018
  • 9789671038437